16 Jul 2017

DEGREE OF AQUACULTURE IN UNIVERSITY MALAYSIA TERENGGANU ~

Hello , Assalamualaikum dan selamat petang . Lovely greeting to all of you .

Sebenarnya nak cakap sesuatu sebab adalah beberapa perkara yang berlaku dalam hidup .

Pertama ? Saya dah pun habis pengajian di peringkat diploma . Diploma Akuakultur di Politeknik Jeli Kelantan . Tempoh pengajian dari Jun 2013 hingga April 2016 . yeayyyy saya dah habis belajar . Its been a year tetapi .... ceritanya belum lagi habis .

Kedua ? Saya sambung belajar . Of course saya sambung belajar sebab dari mula mula sambung diploma lagi memang dah pasang niat nak sambung ijazah dan harapan bukan sekadar impian tetapi impian menjadi kenyataan . Alhamdulilah . Duduk goyang kaki kat rumah tak lama . Ada dalam lebih kurang 4 bulan lebih ' eat , sleep and repeat ' . Sewaktu final exam , waktu semester akhir diploma dulu-dulu saya sempatlah buat permohonan ke Universiti Awam(UA) peringkat ijazah kemasukkan september 2016 melalui laman web rasmi UPU . Waktu tu saya mohon ke Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Putra Malaysia dalam bidang akuakultur juga .

Dan keputusan yang ditunggu-tunggu akhirnya keluar , dalam bulan Ogos macam tu lah lebih kurang . Huhu saya agak lupa sebab ni cerita setahun yang lalu . Punyalah nervous beb , berdebar namateyyy ! Tapi syukur , saya diterima . Fuh .. Maka bermulalah kekalutan beli barang itu ini walaupun baru je tamat belajar 4 bulan . Masa suntuk .

Kurang pasti berapa hari bulan tapi awal September aku mula lapor diri ke UMT . Tak culture shock pun sebab aku pernah buat latihan industri kat sini jadi tak kekok sangat .

Pasal belajar pun tak kekok sangat sebab aku student diploma akuakultur so aku dah ada basic untuk ijazah akuakultur ni . Sekelas ada dengan adik adik matrik dan juga sebaya dengan dari kalangan sptm dan diloma dari UMT itu sendiri .

"Sis Nusyill , akuakultur di ape ? Yang cucuk cucuk jarum tu ke ? "
"Nusyill , akuakultur ni ikan la yerr ? "

Ok baik disini akuakultur sama sekali tidak ada kaitan dengan kaedah  perubatan akuapuntur .
Akuakultur juga bukan memberi fokus hanya kepada ikan . Akuakultur ni dengan kata ringkasnya . Aqua = water / air   Culture = Ternak . AQUACULTURE . Ia melibatkan semua jenis hidupan dalam air . SEMUA . Kita akan belajar tentang air (kompososi air , ciri ciri air , air masin ,tawar,payau etc .. ) , semua hidupan yang ada dalam air , apa je yang dalam air kena tahu dan belajar setiap ciri dan fizikalnya . Bukan ikan je . Bakteria dalam air pun sama . Pendek kata , semua yang ada dalam air . Imagine sendirilah yerrrr .

oh ya , UMT ada lapan pusat pengajian .
1. Sains Asas (PPSA) 2. Informatik & Matematik Gunaan (PPIMG) 3. Sains Marin & Sekitaran (PPSMS)
4. Sains Perikanan & Akuakultur (PPSPA) 5. Sains & Teknologi Makanan (PPSTM)
6. Kejuruteraan Kelautan (PPKK) 7. Pembangunan Sosial & Ekonomi (PPPSE) 8. Perniagaan & Pengurusan Maritim (PPPM)

aku berada di PPSPA .

Tak susah nak adapt duduk kat sini . Cuaca panas sikit biasalah sebab tepi pantai .


Itu saje . Kepada adik adik yang DM saya ditwitter tanya pasal politeknik Jeli , mintak maaf banyak banyak sebab tak dapat reply . Saya dah lama habis belajar kat sana , dah tak tahu pasal perkembangan terkini sebab dah banyak berubah kat sana .



Disekitar pagar utama UMT (2017)


Saja poyo poyo haha


No comments :

Post a Comment

Dearest Handsome and Gorgeous reader , please drop your comment below .
wachaaaa !