20 Jul 2016

SAMYANG SPICY KOREA RAMEN !!!

Anneyeoooo ! Hello . Hi . Assalamualaikum .

“ Pedas gilerrrr ! “ “ Keluaq ayaq mata oiiii”  “Pedas menyengat “ adalah antara komen dan reaksi daripada individu-individu yang mencuba Samyang Spicy Ramen yang berasal daripada negara KOREA .

Secara tiba-tiba ramen pedas nak mati ni jadi famous bukan sahaja ni Malaysia malah di seluruh dunia turut mencubanya sehingga sanggup melakukan “ Spicy ramen Challenge “

Pada mulanya aku sekadar melihat orang lain yang makan , tengok orang upload di twitter dan facebook. Nampak ramai jugak orang-orang yang buat video mencabar esofagus menelan kepedasan ramen itu terutamanya di Youtube . * Ye aku suka bukak youtube untuk tengok macam-macam info , gelagat , reaction dan challenge di seluruh dunia huhuhu .

Di waktu Malaysia dilanda fenomena ini , aku sekadar memerhati dari jauh . Takut hahaha . Tak berani nak try . Bukan takut pedas Cuma masih tak pasti status makanan tersebut . lepas aku dah yakin dan pasti , aku tak beli jugak . Sayang duit hahaha mahal kot . Aku diamkan diri ini .


PADA SUATU HARI adik aku pulang membawa sepakat Samyang Spicy Korea Ramen . Yeayyyy! Kebetulan  masatu tengah lapar sebab tengok drama Korea .

Besar benor ramen korea ni huhu
Sambil tengok my bae , Ji sung :*

Tanpa melengahkan waktu aku terus buka bungkusan ramen tu  . Fuhhh besar betul noodles dia , tak sama macam instant noodle Malaysia ni . Daebak !! Terus ambik mangkuk tuang air panas * malas nak masak dalam periuk ..


Dalam 5 minit , ramen tu dah lembut boleh untuk dimakan. Buang air rendaman dan masukkan pes cili dia , pekat dan bau pun dah pedas . Gaul  gaul sehingga sebati dan ngappppp ! Yummy . Sedap . Rasa ada manis manis gituu . Terus masuk lagi satu sudu kemulut . Emm masih rasa sedap .


TIBA TIBA , rasa macam kepala tu panas nak meletup hahaha . Air mata dah mula keluar , muka merah macam berjemur di tengah panas . Sampai situ je aku makan , tak mampu nak makan . Lepas tu aku terus adik aku je makan , menangis-nangis dia makan . Hilang macho seorang lelaki .
Selepas sejam berlalu kepedasan tu , perut mula rasa sakit . Gastrik !!! Tak pasti faktor pedas melampau atau ingredient yang aku tak boleh makan . Bila tengok packaging belakang , dalam pes tu ade letak shellfish .

Sebab usus sensitif dengan spesies seafood , walaupun sikit tetap terasa :(


Adakah aku akan cuba lagi ?

Yes , I’ll try again next time . Walaupun pedas , pedas dia tak sama macam cili padi yang menyengat sangat tu . Pedas tapi lebih kepada pijar dibibir dan lidah . Pedas ramen ni tahap masih boleh makan oleh  manusia normal . Kepada yang tak kuat atau sensitif , cuba untuk satu suapan sahaja okay .

Walaupun aku gastrik makan ramen ni , takpe . Boleh makan ubat hahaha . Nak buat macam mana , kalau aku tengok cerita korea terus lapar kalaiu tengok diorang makan . Haritu pergi Myeondong terus cari bibimbap , kimchi soup , teoboekki  , black bean noodle huhuhu .




 Saje payung gambar hahaha . Kbyeee nak sambung menangis tengok Drama korea !