12 May 2015

Green Tea Oh Grean Teh

Hai selamat pagi uolls . Selamat melompat lompat ye wahai kawan . Hiphiphooreyyyyy ! Happy nak mampos hari ni . Hahaha

Okay , sebenarnya takde apa yang berlaku pon tapi aku rasa semacam rasa bahagia yang menjentik jentik diruang hati adalah sebab green Tea atau teh hijau . Sejak aku minum teh hijau ni rasa happy je pepagi . Dah takde dah rase macam nak marah orang . lalalala

Bila sebut Green Tea atau Teh Hijau ni . Semua orang tahu ia bagus . Aku pun tahu ia bagus cuma tak pernah la cuba try test minum . So , untuk menghilang perasaan curious dalam diri . Aku try la minum . Aku try Green Tea Boh . Sekotak RM8.50 and aku terus beli dua . Hahaha tamak !



Aku beli green tea bukan untuk kurus hokeyyyyy . Jangan nak kolot sangat . Huh . Aku beli green tea atas kesedaran kesihatan . Menyedari kita sebagai manusia di bumi ini terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit disebabkan oleh radiasi dan makanan yang tidak sihat . So , sekarang . I start eating healty not just because i want to have slim body but i want a healthy body and good mood . Yeay :) badan sihat hati pon senang maaaa .

Atas dasar untuk sihat , aku minum la ia . Rasa dia ? I think its okay . Bagi aku la , green tea boh ni sedap aje . Aku minum green tea campur bersama serbuk cinnamon atau kulit kayu manis . Sedap sangat !



Kenapa minum Green Tea ? ♥
Sebab :--

Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

 Rawatan kulit 
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try  tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.


Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.


Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.

Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.


Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.


Pencegah kanser
 Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.


Atas banyak banyak kebaikan Green Tea kat atas .  Benda yang aku realise adalah green tea buat aku lebih bertenaga , rasa kurang lapar dan senang nak bangun pagi . Its doesn't mean aku payah bangun sebelum ni . Cuma simptom seperti mata payah nak bukak dan rasa lesu nak bangun tu dah takde . Sekarang buka mata je terus rasa segar . 
Hahahaha seronok je rasa . Portion ia adalah adalah secawan selepas 2 jam makan tengahari dan sebelum tidur . Kenapa 2 jam selepas makan ? Sebab tea bersifat menghalang menyerapan segala nutrisi dan gizi yang kita makan . Nanti sia sia je uolls makan . Buncit je dapat . Hahaha


Okayyyyyyy ..macam aku cakap awal awal tadi . Aku minum Green Tea/ Teh Hijau ni bukan sebab aku nak kurus . 
Jadikan aku takde la fikir apa . Aku just nak sihat . 
Tapi aku sedar sesuatu uollssss . 
My belly ! MY BELLY IS FLATTEN . Hohoho . Perut i kempis sikit uollsss . Happy lah i .
Tapi im not so sure perut aku kempis sikit sebab green tea atau sebab lain . Hahahaha . Sebab krim mustajab kot . Heehehehe

No comments :

Post a Comment

Dearest Handsome and Gorgeous reader , please drop your comment below .
wachaaaa !