4 May 2015

BUKU FIXI : PATUNG BY MUHAMMAD FATRIM

Assalamualaikum buat orang yang beragama islam dan salam sejahtera buat kalian yang bukan penganutnya . Harap engkau orang sihat .  OK !

Berdasarkan tajuk diatas , disini bukan aku ingin menceritakan hidup aku yang kosong seperti sebuah hamparan kain kosong TETAPI aku nak potpetpotpet sedikit tentang buku fixi yang aku baca iaitu PATUNG yang telah ditulis oleh insan bernama Muhammad Fatrim yang mengemari warna pink dan purple . Penulisnya aku tak tahu samaada sejenis spesies sotong atau sekadar pengemar warna ‘comel ‘ Hiks …

Buku ini masih baru lagi , ia diterbitkan pada tahun 2015 . Well , masa aku beli . Aku tak baca pon synopsis sebab aku suka cover buku , anggapan cerita dia mesti comel dan cute rupanya aku salah . Buku ini buat aku jadi takut nak tidur sorang dalam gelap . 


“Jangan takut . Aku hanya mahu berkawan dengan kau ,  kau sunyi dan perlukan , aku kan comel . Aku janji akan bantu kau . Kau percayakan aku kan orked ? ““Kau?! Kau boleh bercakap ? jadi selama ni kau dengar aku?!” Bulat mata Orked memandang arah suara itu , tangannya mengeletar .
“ Iya , aku dengar kau . Kita boleh berkawan , kan ? Aku sayang kau , kau tak sayang aku ?”Mata mereka kemudian saling bertautan . Terukir sebuah senyuman 


Cerita ia menceritakan tentang hidup seorang gadis yang bekerja sebagai jururawat yang bernama Orked . Ibu bapa Orked dan adiknya Mawar telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan . Disebabkan wasiat ibunya  , Orked terpaksa menjaga sebuah banglo milik keluarga beliau yang diwarisi sejak dari zaman neneknya .. Banglo itu agak pelik kerana ia akan mengeluarkan bau bunga yang harum dan ia sering bertukar-tukar . Cerita ini banyak berkisar di kawasan rumah banglo pusaka dan di hospital . Kenapa hospital ? Sebab Orked ni pekerja di hospital . Nurse arr… Bile scene hospital ada , kau fikirlah sendiri dengan rumah mayatnya , orang mati , darah dan pelbagai lagi . Nak tahu ? Beli dan baca .



Cerita ia agak pusing-pusing . Kalau jenis pemalas dan lembab lambat pickup takpayah bacalah .

Kalau kau penakut , bacalah disiang hari.
Kalau kau tak penakut dan tak berani , bacalah dimalam hari .
Kalau kau berani + gile , bacalah di malam hari hospital gelap seorang diri atau dirumah kosong yang terbiar . hihihihihi

Aku berada di tahap dua . Aku baca siang sikit dan malam . Dari 10 aku bagi 8 sebab ia berjaya meningkatkan kadar denyutan jantung aku dari normal kepada tidak normal .

Nak rase ? Bacelah beb !!

P:s // Aku tak berniat nak simpan buku-buku fixi lelame , so sesape yang nak beli . Boleh habaq mai . 

No comments :

Post a Comment

Dearest Handsome and Gorgeous reader , please drop your comment below .
wachaaaa !