12 May 2015

Green Tea Oh Grean Teh

Hai selamat pagi uolls . Selamat melompat lompat ye wahai kawan . Hiphiphooreyyyyy ! Happy nak mampos hari ni . Hahaha

Okay , sebenarnya takde apa yang berlaku pon tapi aku rasa semacam rasa bahagia yang menjentik jentik diruang hati adalah sebab green Tea atau teh hijau . Sejak aku minum teh hijau ni rasa happy je pepagi . Dah takde dah rase macam nak marah orang . lalalala

Bila sebut Green Tea atau Teh Hijau ni . Semua orang tahu ia bagus . Aku pun tahu ia bagus cuma tak pernah la cuba try test minum . So , untuk menghilang perasaan curious dalam diri . Aku try la minum . Aku try Green Tea Boh . Sekotak RM8.50 and aku terus beli dua . Hahaha tamak !



Aku beli green tea bukan untuk kurus hokeyyyyy . Jangan nak kolot sangat . Huh . Aku beli green tea atas kesedaran kesihatan . Menyedari kita sebagai manusia di bumi ini terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit disebabkan oleh radiasi dan makanan yang tidak sihat . So , sekarang . I start eating healty not just because i want to have slim body but i want a healthy body and good mood . Yeay :) badan sihat hati pon senang maaaa .

Atas dasar untuk sihat , aku minum la ia . Rasa dia ? I think its okay . Bagi aku la , green tea boh ni sedap aje . Aku minum green tea campur bersama serbuk cinnamon atau kulit kayu manis . Sedap sangat !



Kenapa minum Green Tea ? ♥
Sebab :--

Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

 Rawatan kulit 
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try  tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.


Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.


Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.

Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.


Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.


Pencegah kanser
 Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.


Atas banyak banyak kebaikan Green Tea kat atas .  Benda yang aku realise adalah green tea buat aku lebih bertenaga , rasa kurang lapar dan senang nak bangun pagi . Its doesn't mean aku payah bangun sebelum ni . Cuma simptom seperti mata payah nak bukak dan rasa lesu nak bangun tu dah takde . Sekarang buka mata je terus rasa segar . 
Hahahaha seronok je rasa . Portion ia adalah adalah secawan selepas 2 jam makan tengahari dan sebelum tidur . Kenapa 2 jam selepas makan ? Sebab tea bersifat menghalang menyerapan segala nutrisi dan gizi yang kita makan . Nanti sia sia je uolls makan . Buncit je dapat . Hahaha


Okayyyyyyy ..macam aku cakap awal awal tadi . Aku minum Green Tea/ Teh Hijau ni bukan sebab aku nak kurus . 
Jadikan aku takde la fikir apa . Aku just nak sihat . 
Tapi aku sedar sesuatu uollssss . 
My belly ! MY BELLY IS FLATTEN . Hohoho . Perut i kempis sikit uollsss . Happy lah i .
Tapi im not so sure perut aku kempis sikit sebab green tea atau sebab lain . Hahahaha . Sebab krim mustajab kot . Heehehehe

4 May 2015

GANTUNG -- NADIA KHAN : BUKU FIXI

HELLOOO ! HELLOOO ! HAI !!
Selamat menikmati hidup ye kawan . Aku tahu hidup ni susah , tak mudah macam makan kacang . Even makan kacang pon susah jugak , kene kopek kulit dulu . Lepas kopek baru boleh makan . Dah makan , serpihan kacang yang keras masuk kerongkong tekak kau . Kau tercekik dan mati . Mati dan jadi hantu . Jadi hanti mengacau orang . Hidup tak semudah yang kau sangkakan , kawan .

Back to the topic .
Aku nak kongsi cerita . Oh tidak . Ia lebih kepada pandangan , kritikan dan cacian . Its about a book . One book yang aku baca tempoh hari . Aku gemar buku fixi . sebab dulu aku selalu layan novel cinta yang cerita dia clishe cangattttt .. Jadi mual !

GANTUNG yang ditulis oleh NADIA KHAN . Buku yang beliau tulis best best semua kot . Satu lagi KELABU . It was my first fixi book.

Okay , gantung . If you here about word ‘GANTUNG’ , mesti dalam otak kau dah set manusia yang mati bunuh diri yang tergantung . YE ! betul la tuh .. 

“Musketeer code --- no all for one , just one for all . “
Gibbs , Ray , KJ dan Troll --- Sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit . Mereka berempat mencipta Musketeer code : peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend , tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua .
Sehinggalah peraturan itu dilanggar … dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua . Kemudian…




 Okay , aku pun mulakan pembacaan aku . Bismillah .
Pada mulanya , it was a simple story and cool , dude . Well , biasalah sekumpulan remaja lelaki. Nakal , hensem . Suka kacau orang , bercinta . Benda normal ajee kot . Tapi bodoh gila perangai diorang , kongsi awek dengan ramai-ramai orang . I mean , 4 orang . Su*k !
Aku terus baca , baca dan  baca . Dan sampai satu tahap bila mana pembacaaan tu tinggal separuh , aku jadi pening-pening lalat sedikit . Aik , kenape macam ni ? Aik , kenape jadi macam tu ? Aik , sape ni ? Dia ni sape ? Ape kaitan diorang dengan budak nakal 4 orang ni ?
Part yang aku pening – pening tu lah banyak adegan seram sikit . Sikit ar , kalau korang jenis berani , mungkin tak rasa seram tu . MUNGKIN . Bila ada twist story cenggitu , aku stop baca . Aku fikir balik “ Mana silap aku ? Cerita mana yang aku terlepas ni ?” . Aku fikir lagi sampai buntu lepas tu aku sambung jugak baca lagi .

Then .. Bila dah habis baca . “ Ohhhhhhhh “  “ Laaaaaa , gini ghupenyaa “
Kesimpulanya , cerita dia biasa dan cerita ni sepatutnya jadi ‘simple’ tapi sebab ada twist story pada pertengahan cerita tu jadi a bit curious about what will happen next . Disebabkan ada twist story tu lah yang menjadikan buku ini best . YES , it’s a story about a girl yang direject cintanya lalu mengantung diri sendiri . Dia yang bodoh .

BRAVO NADIA KHAN .  I give you three over five .

Aku rasa berminat nak menulis buku sendiri , boleh yer kalau aku mulakan  ? “

BUKU FIXI : PATUNG BY MUHAMMAD FATRIM

Assalamualaikum buat orang yang beragama islam dan salam sejahtera buat kalian yang bukan penganutnya . Harap engkau orang sihat .  OK !

Berdasarkan tajuk diatas , disini bukan aku ingin menceritakan hidup aku yang kosong seperti sebuah hamparan kain kosong TETAPI aku nak potpetpotpet sedikit tentang buku fixi yang aku baca iaitu PATUNG yang telah ditulis oleh insan bernama Muhammad Fatrim yang mengemari warna pink dan purple . Penulisnya aku tak tahu samaada sejenis spesies sotong atau sekadar pengemar warna ‘comel ‘ Hiks …

Buku ini masih baru lagi , ia diterbitkan pada tahun 2015 . Well , masa aku beli . Aku tak baca pon synopsis sebab aku suka cover buku , anggapan cerita dia mesti comel dan cute rupanya aku salah . Buku ini buat aku jadi takut nak tidur sorang dalam gelap . 


“Jangan takut . Aku hanya mahu berkawan dengan kau ,  kau sunyi dan perlukan , aku kan comel . Aku janji akan bantu kau . Kau percayakan aku kan orked ? ““Kau?! Kau boleh bercakap ? jadi selama ni kau dengar aku?!” Bulat mata Orked memandang arah suara itu , tangannya mengeletar .
“ Iya , aku dengar kau . Kita boleh berkawan , kan ? Aku sayang kau , kau tak sayang aku ?”Mata mereka kemudian saling bertautan . Terukir sebuah senyuman 


Cerita ia menceritakan tentang hidup seorang gadis yang bekerja sebagai jururawat yang bernama Orked . Ibu bapa Orked dan adiknya Mawar telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan . Disebabkan wasiat ibunya  , Orked terpaksa menjaga sebuah banglo milik keluarga beliau yang diwarisi sejak dari zaman neneknya .. Banglo itu agak pelik kerana ia akan mengeluarkan bau bunga yang harum dan ia sering bertukar-tukar . Cerita ini banyak berkisar di kawasan rumah banglo pusaka dan di hospital . Kenapa hospital ? Sebab Orked ni pekerja di hospital . Nurse arr… Bile scene hospital ada , kau fikirlah sendiri dengan rumah mayatnya , orang mati , darah dan pelbagai lagi . Nak tahu ? Beli dan baca .



Cerita ia agak pusing-pusing . Kalau jenis pemalas dan lembab lambat pickup takpayah bacalah .

Kalau kau penakut , bacalah disiang hari.
Kalau kau tak penakut dan tak berani , bacalah dimalam hari .
Kalau kau berani + gile , bacalah di malam hari hospital gelap seorang diri atau dirumah kosong yang terbiar . hihihihihi

Aku berada di tahap dua . Aku baca siang sikit dan malam . Dari 10 aku bagi 8 sebab ia berjaya meningkatkan kadar denyutan jantung aku dari normal kepada tidak normal .

Nak rase ? Bacelah beb !!

P:s // Aku tak berniat nak simpan buku-buku fixi lelame , so sesape yang nak beli . Boleh habaq mai .