12 May 2015

Green Tea Oh Grean Teh

Hai selamat pagi uolls . Selamat melompat lompat ye wahai kawan . Hiphiphooreyyyyy ! Happy nak mampos hari ni . Hahaha

Okay , sebenarnya takde apa yang berlaku pon tapi aku rasa semacam rasa bahagia yang menjentik jentik diruang hati adalah sebab green Tea atau teh hijau . Sejak aku minum teh hijau ni rasa happy je pepagi . Dah takde dah rase macam nak marah orang . lalalala

Bila sebut Green Tea atau Teh Hijau ni . Semua orang tahu ia bagus . Aku pun tahu ia bagus cuma tak pernah la cuba try test minum . So , untuk menghilang perasaan curious dalam diri . Aku try la minum . Aku try Green Tea Boh . Sekotak RM8.50 and aku terus beli dua . Hahaha tamak !



Aku beli green tea bukan untuk kurus hokeyyyyy . Jangan nak kolot sangat . Huh . Aku beli green tea atas kesedaran kesihatan . Menyedari kita sebagai manusia di bumi ini terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit disebabkan oleh radiasi dan makanan yang tidak sihat . So , sekarang . I start eating healty not just because i want to have slim body but i want a healthy body and good mood . Yeay :) badan sihat hati pon senang maaaa .

Atas dasar untuk sihat , aku minum la ia . Rasa dia ? I think its okay . Bagi aku la , green tea boh ni sedap aje . Aku minum green tea campur bersama serbuk cinnamon atau kulit kayu manis . Sedap sangat !



Kenapa minum Green Tea ? ♥
Sebab :--

Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

 Rawatan kulit 
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try  tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.


Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.


Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.

Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.


Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.


Pencegah kanser
 Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.


Atas banyak banyak kebaikan Green Tea kat atas .  Benda yang aku realise adalah green tea buat aku lebih bertenaga , rasa kurang lapar dan senang nak bangun pagi . Its doesn't mean aku payah bangun sebelum ni . Cuma simptom seperti mata payah nak bukak dan rasa lesu nak bangun tu dah takde . Sekarang buka mata je terus rasa segar . 
Hahahaha seronok je rasa . Portion ia adalah adalah secawan selepas 2 jam makan tengahari dan sebelum tidur . Kenapa 2 jam selepas makan ? Sebab tea bersifat menghalang menyerapan segala nutrisi dan gizi yang kita makan . Nanti sia sia je uolls makan . Buncit je dapat . Hahaha


Okayyyyyyy ..macam aku cakap awal awal tadi . Aku minum Green Tea/ Teh Hijau ni bukan sebab aku nak kurus . 
Jadikan aku takde la fikir apa . Aku just nak sihat . 
Tapi aku sedar sesuatu uollssss . 
My belly ! MY BELLY IS FLATTEN . Hohoho . Perut i kempis sikit uollsss . Happy lah i .
Tapi im not so sure perut aku kempis sikit sebab green tea atau sebab lain . Hahahaha . Sebab krim mustajab kot . Heehehehe

4 May 2015

GANTUNG -- NADIA KHAN : BUKU FIXI

HELLOOO ! HELLOOO ! HAI !!
Selamat menikmati hidup ye kawan . Aku tahu hidup ni susah , tak mudah macam makan kacang . Even makan kacang pon susah jugak , kene kopek kulit dulu . Lepas kopek baru boleh makan . Dah makan , serpihan kacang yang keras masuk kerongkong tekak kau . Kau tercekik dan mati . Mati dan jadi hantu . Jadi hanti mengacau orang . Hidup tak semudah yang kau sangkakan , kawan .

Back to the topic .
Aku nak kongsi cerita . Oh tidak . Ia lebih kepada pandangan , kritikan dan cacian . Its about a book . One book yang aku baca tempoh hari . Aku gemar buku fixi . sebab dulu aku selalu layan novel cinta yang cerita dia clishe cangattttt .. Jadi mual !

GANTUNG yang ditulis oleh NADIA KHAN . Buku yang beliau tulis best best semua kot . Satu lagi KELABU . It was my first fixi book.

Okay , gantung . If you here about word ‘GANTUNG’ , mesti dalam otak kau dah set manusia yang mati bunuh diri yang tergantung . YE ! betul la tuh .. 

“Musketeer code --- no all for one , just one for all . “
Gibbs , Ray , KJ dan Troll --- Sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit . Mereka berempat mencipta Musketeer code : peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend , tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua .
Sehinggalah peraturan itu dilanggar … dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua . Kemudian…




 Okay , aku pun mulakan pembacaan aku . Bismillah .
Pada mulanya , it was a simple story and cool , dude . Well , biasalah sekumpulan remaja lelaki. Nakal , hensem . Suka kacau orang , bercinta . Benda normal ajee kot . Tapi bodoh gila perangai diorang , kongsi awek dengan ramai-ramai orang . I mean , 4 orang . Su*k !
Aku terus baca , baca dan  baca . Dan sampai satu tahap bila mana pembacaaan tu tinggal separuh , aku jadi pening-pening lalat sedikit . Aik , kenape macam ni ? Aik , kenape jadi macam tu ? Aik , sape ni ? Dia ni sape ? Ape kaitan diorang dengan budak nakal 4 orang ni ?
Part yang aku pening – pening tu lah banyak adegan seram sikit . Sikit ar , kalau korang jenis berani , mungkin tak rasa seram tu . MUNGKIN . Bila ada twist story cenggitu , aku stop baca . Aku fikir balik “ Mana silap aku ? Cerita mana yang aku terlepas ni ?” . Aku fikir lagi sampai buntu lepas tu aku sambung jugak baca lagi .

Then .. Bila dah habis baca . “ Ohhhhhhhh “  “ Laaaaaa , gini ghupenyaa “
Kesimpulanya , cerita dia biasa dan cerita ni sepatutnya jadi ‘simple’ tapi sebab ada twist story pada pertengahan cerita tu jadi a bit curious about what will happen next . Disebabkan ada twist story tu lah yang menjadikan buku ini best . YES , it’s a story about a girl yang direject cintanya lalu mengantung diri sendiri . Dia yang bodoh .

BRAVO NADIA KHAN .  I give you three over five .

Aku rasa berminat nak menulis buku sendiri , boleh yer kalau aku mulakan  ? “

BUKU FIXI : PATUNG BY MUHAMMAD FATRIM

Assalamualaikum buat orang yang beragama islam dan salam sejahtera buat kalian yang bukan penganutnya . Harap engkau orang sihat .  OK !

Berdasarkan tajuk diatas , disini bukan aku ingin menceritakan hidup aku yang kosong seperti sebuah hamparan kain kosong TETAPI aku nak potpetpotpet sedikit tentang buku fixi yang aku baca iaitu PATUNG yang telah ditulis oleh insan bernama Muhammad Fatrim yang mengemari warna pink dan purple . Penulisnya aku tak tahu samaada sejenis spesies sotong atau sekadar pengemar warna ‘comel ‘ Hiks …

Buku ini masih baru lagi , ia diterbitkan pada tahun 2015 . Well , masa aku beli . Aku tak baca pon synopsis sebab aku suka cover buku , anggapan cerita dia mesti comel dan cute rupanya aku salah . Buku ini buat aku jadi takut nak tidur sorang dalam gelap . 


“Jangan takut . Aku hanya mahu berkawan dengan kau ,  kau sunyi dan perlukan , aku kan comel . Aku janji akan bantu kau . Kau percayakan aku kan orked ? ““Kau?! Kau boleh bercakap ? jadi selama ni kau dengar aku?!” Bulat mata Orked memandang arah suara itu , tangannya mengeletar .
“ Iya , aku dengar kau . Kita boleh berkawan , kan ? Aku sayang kau , kau tak sayang aku ?”Mata mereka kemudian saling bertautan . Terukir sebuah senyuman 


Cerita ia menceritakan tentang hidup seorang gadis yang bekerja sebagai jururawat yang bernama Orked . Ibu bapa Orked dan adiknya Mawar telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan . Disebabkan wasiat ibunya  , Orked terpaksa menjaga sebuah banglo milik keluarga beliau yang diwarisi sejak dari zaman neneknya .. Banglo itu agak pelik kerana ia akan mengeluarkan bau bunga yang harum dan ia sering bertukar-tukar . Cerita ini banyak berkisar di kawasan rumah banglo pusaka dan di hospital . Kenapa hospital ? Sebab Orked ni pekerja di hospital . Nurse arr… Bile scene hospital ada , kau fikirlah sendiri dengan rumah mayatnya , orang mati , darah dan pelbagai lagi . Nak tahu ? Beli dan baca .



Cerita ia agak pusing-pusing . Kalau jenis pemalas dan lembab lambat pickup takpayah bacalah .

Kalau kau penakut , bacalah disiang hari.
Kalau kau tak penakut dan tak berani , bacalah dimalam hari .
Kalau kau berani + gile , bacalah di malam hari hospital gelap seorang diri atau dirumah kosong yang terbiar . hihihihihi

Aku berada di tahap dua . Aku baca siang sikit dan malam . Dari 10 aku bagi 8 sebab ia berjaya meningkatkan kadar denyutan jantung aku dari normal kepada tidak normal .

Nak rase ? Bacelah beb !!

P:s // Aku tak berniat nak simpan buku-buku fixi lelame , so sesape yang nak beli . Boleh habaq mai . 

30 Jan 2015

BAKTI ARJUNA FITRI ~FYNN JAMAL

Hello . Selamat petang . Jam digital menunjukkan waktu 3.04 pm . Selesai menelan semangkuk maggi yang dipenuhi cendawan tiram dan kubis . Burpppp -- Alhamdulilah , kenyang . Rezeki Tuhan . Seperti biasa , ambik phone bukak instagram stalk Fynn Jamal punya anak yang sangat comel like mikimos , Bakti Arjuna Fitri . Siapa tak kenalkan si comel cinta hati rakyat Malaysia .

Speaking of Fynn Jamal . Many of us , suka cara dia . The way she express her feeling through words . Inspiring people and i do love her so much . Aslo love Juna , a lot . I'm stranger . Tetapi terbit rasa sayang kepada mereka ini . Maybe this is what we unconditional love . But then , as a stalker like . Sometimes , aku nampak ada je haters yang nak jatuhkan Fynn Jamal . Not to backup Fynn Jamal . I mean everyone ada someone yang mereka tak suka dan ada yang mereka suka . Contohnya , aku tak suka beberapa artis Malaysia ni . Ramai je yang aku tak minat . Kalau korang tak suka pon , duduk diam diam tutup mulut sudahlah . Jangan nak pick a fight , buat fake account semata-mata nak bash orang . Really ? Dont you have a ball , men ? HAHAHA . Hak masing masing nak suka siapa , nak tak suka siapa . Lantak lu tapi , jangan aibkan orang . Be profesional ..

Kalau aku , aku sangat suka FYNN JAMAL . Sangat !


Sebab ..

Usah ditanya kenapa dan mengapa . Orang cakap kalau kita mencintai seseorang tak perlukan sebab .
Kalau kerana rupa , tua berkerepot jugak . Kalau kerana harta , mungkin boleh bankrap . Cinta tak perlukan syarat pon , kan ?


FYNN JAMAL , kenape ? Lagi ditanya .. Okay ..

1 ) KEYBOARD WARRIOR
kau orang pergi tengok sendiri dulu dia ada blog . Puisi tepi longkang dia . Semua benda dia nak luahkan dengan kata-kata . Even sekarang zaman dah ada instagram , masih .. Setiap gambar yang kadang kadang tak link pon dengan apa yang nak disampaikan . Gigih menulis panjang berjela caption sampai kalau yang jenis tak menyahut seruan Kerajaan yang menyarankan kita supaya rajin membaca , memang tak lah nak baca panjang . Caption gambar tak pernah pendek . Dia bukan pemuisi negara , bukan juga pemuisi yang diiktiraf negara . Bukan A.Samad.Said . Dia hanyelah seorang wanita beranak satu . Dia hanyalah seorang FYNN JAMAL tetapi kata-kata dia yang simple , yang biasa-biasa tetapi yang ditulis menggunakan hati mampu menyentuh hati . Ada yang terkesan , ada yang menitiskan air mata . Ada yang balik rumah , mintak maaf mak ayah sebab selama tak pernah baik baik dengan mak ayah . Sebab tulisan Fynn yang menyentuh hati , ada anak yang call mak ayah sebab selama ni tak pernah nak call . Ada yang selama ni tertutup mindanya sekarang terbuka mindanya . Subbanallah . Hebat penangan Fynn . Bukan orang alim , tetapi banyak bercakap tentang baiknya Tuhan . God bless you , Fynn Jamal .

2 )  CANT SEE A PIECE OF GARBAGE
Pernah kau tengok di stagrem Fynn Jamal dia dok upload gambar rumah dia ? Kau tengok ruang tamu dia ? Dapur dia ? Bilik dia ? BERSIH ! dan sangat tersusun . Sangat kemas . Biasa rumah orang ada anak kecik ni macam tongkang pecah . Tengok ajelah playroom juna , everything is sort up . Takdenya satu mainan campur semua dalam satu tong . Disusun dengan cantik . Dapur lagi lah . Zip bag , clear container . Semua makan diasingkan dengan baik . Satu contoh yang baik untuk ibu dan isteri .

3 ) A DEVOTED MOM
Over protective ? YES , she is . Gile tak protective . Arjuna is her only son , one and only . Takde lain dah . Semua mak akan sayang dan jaga anak mereka sehabis baik , kan ? Takde mak tak sayang anak , nak oooiiii cuma cara yang membezakan . Jangan pernah rasa makpak tak sayang kita okey .
Kalau aku , aku pon aku akan protect anak aku sehabis baik . No harmful will come to them , if possible lah . Lagi lagi kau orang semua tahu yang Juna pernah sakit masa bayi , and of course Fynn akan jaga baik baik . Mungkin bagi yang tak pernah rasa dia takkan faham dengan 'PELUANG KEDUA' . Arjuna , bertarung dengan hidup atau mati . Dengan izin Allah , Juna sihat dan makin comel sekarang . Dengan izin Allah juga , Arjuna masih milik Fynn . Jadi , sudah tentu Fynn Jamal tidak akan mensia-siakan peluang yang Allah berikan kepadanya .

4 ) JUNA 
Setiap masa , Juna Juna Juna Juna .. Juna dengan Ajib , Juna makan , Juna conteng Ipad , Juna mandi , Juna tidur , Juna sekolah , Juna melukis . Semuanya Juna . Siang malam , asyik Juna je . Asyik asyik Juna . Laaaahhhhhhhhh , dah Juna tu anak dia . Of course la stagrem penuh gambar juna . Cer usha stagrem mommy - mommy muda , semuanya penuh gambar anak . Tiada lagi gambar berdua bersweet berdating dengan suami , HAHA . Dah jadi perkara biasa , lumrah . Okay , back to Juna .
That mikimos is so cute lah .. Comel . Rambut baru dia lagi nampak comel . Once jambu , you'll forever be jambu . Mata yang bulat bersinar , pipi yang comel , kissible lips , hidup cute dia , kulit putih . He is beyond perfect . Awhhhh , Juna .. Setiap kali dia senyum , cair . Aduh mak aiiiiiii , geram pulak aku tengok aku ni . Kenapa jatuh cinta dengan Juna yang berumur dua tahun ni ?



Well . ini hanyalah sebab yang aku cuba korek untuk bagitau kenapa aku suka Fynn Jamal dan Arjuna . Actually , takde sebab . Cinta tak bersyaratkan ? Like always , kalau kita suka seseorang kita perlukan sebarang alasan . Rasanya itu disini , di dalam hati ..
Juna mase baby , comel sangat .

I LOVE JUNA , marry me ?? hikhikhik


23 Jan 2015

BANJIR LUAR BIASA MALAYSIA 2014

Banjir ..
Banjir dan ...
Banjir ...

Bila disebut tentang banjir , semua tahu yang banjir adalah limpahan atau lebihan air dikawasan darat atau isipadu air yang berlebihan yang meliputi kawasan tanah dan menyebabkan keadaan yang dimana tanah akan ditenggelami air . Itulah yang dipanggil sebagai banjir ataupun FLOOD .

Recently , Malaysia pada tahun hujung tahun 2014 digemparkan dengan tragedi banjir yang luar biasa dari  kebiasaannya . Kita semua sedia maklum yang bulan 11 dan 12 adalah musim tengkujuh dan semua orang jugak tahu bahawasanya banjir akan berlaku for certain place TETAPI ... tahun ni , banjir yang melanda begitu teruk sekali sehinggakan adalah masyarakat yang mengatakan

" tempat yang sebelum ni tak naik air pon naik "
" pertama kali dalam sejarah air naik "
" selalu paras buku lali saja , ni sampai paras dada "
" tak sangka  , terpaksa berlari ke bukit "

rintihan dan keluhan dari mangsa sangat memilukan . Warga pantai timur terutamanya , Ya ALLAH . Tak tergambar dengan kata-kata betapa besarnya penderitaan mereka . Orang tua , kanak-kanak kecil . Rumah hanyut dibawa air . Tiada apa yang tinggal . Lesap sekelip mata . Tuhan , semoga mereka tabah .. 

Mereka yang sedia ada hidup dalam keadaan susah , semakin susah . Punca mata pencarian hilang , tiada tempat tinggal . Ya Tuhan , sesungguhnya kami sedang diuji . 

Yang kaya , adakah mereka akan memandang dan mengatakan mereka kesian atau sekadar bercakap . Yang tak merasa perit getirnya banjir , mungkin bersenang lenang makan dengan senang hati ..
Atau .. Sedang sehabis daya menghulur bantuan , menolong sehabis boleh untuk meringankan bebas mereka . 
Sesungguhnya , kami semua diujiNya .. Ada yang diuji dengan sengsaranya bencana , ada yang diuji dengan keikhlasan diri dan berbagai lagi . Ingatlah .. Sentiasa bertabah hati . 


Tetapi , syukur kepadamu Ya rabb . Rakyat kami rakyat malaysia merupakan insan-insan yang berhati waja , Pertolongan tak dihenti-henti diberi  , bantuan tak putus-putus dihulur . Subahanallah ... Dari sekecil-kecil sebuku roti hinggalah sebesar-besar bantuan . Bantuan diberi tanpa mengira parti politilk .. 

Pada pandangan aku , disinilah kita dapat melihat siapa yang prihatin , siapa pemimpin yang mahu benar benar membantu . Tatkala senang , semua mahu memberi kata manis . Semuanya indah , semuanya permata yang dijanji . Tetapi , disaat compang campengnya ,  kita disaat busuk kohongnya kita . Siapa yang ada bersama kita menjahitnya campengnya kita , memandikan busuknya kita ? 

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA


15 Jan 2015

PRACTICAL TIME : LI -- Universiti Malaysia Terengganu

Gosok gosok tangan ~ Sejuk .
Renung luar jendela . Panas terik .

Assalamualaikum . Selamat tengahari yang sejuk  .

Tahun baru , 2015 . Kerja baru . Tempat baru , diri yang baru . Oh hei .
 Aku sedang menjalani latihan industri di UMT . Tak kerja lagi tapi selangkahlah ke alam pekerjaan . Kena rasa bangun awal ,  mandi awal . Ada punch card (tak pernah merah lagi) . Kene hadap bos lagi . Haaaa kau !

Cakap pasal bos aka penyelia atau pegawai yang akan observe aku boleh dikatakan okay . But for the first month aku rasa macam agak annoying . Sikit ! FYI , aku praktikal kat sini berlima . Jadi bos hatcheri kitorang dah bagi jadual dan setiap bulan akan bertukar tugas .





Bulan Disember : Lab Plankton under En.Azmie Ghazali
Bulan Januari : Ternakan Tilapia dan Keli under Mr.Zaidi (dia best ) haha
Bulan febuari :
Bulan March :
Bulan April :

3 bulan lagi aku lupa jadual aku , nanti kena semak balik . hahaha .
 Bulan pertama ada aku cakapkan kurang best sikit sebab encik Azmie tu macam , herghhh . Entahlah . Got nothing to do actually .
Masuk second month , horreeeyy ! rasa masa cepat sangat berlalu sebab banyak kerja kene buat . Pagi bagi makan  , kalau perlu tukar air . Tukarlah . Isi air stocking , petang pagi makan lagi . Seronok . Takdelah terperuk mereput dalam lab .

SO ... Dah hampir 2 bulan aku bekerja di Hatcheri Akuatrop UMT ni .. Dan , anggapan aku yang bila praktikal akan rasa teruk , teruk sangat sangat adalah salah .. Okay je sebenarnya . Not a big deal ..
hatcheri akuatrop
Rutin harian dari ahad sampai khamis dari 8 pagi hingga 4.45 petang umpama sudah biasa . Kalau dulu , rasa macam panjanggg sangat waktu itu nak berjalan tapi sekarang , macam tak cukup waktu pulak . Masa mula lapor diri , bulan pertama . Kemain datang awal g kerja . Sekarang , hampeh . Asyik terbabas waktu bangun . HAHA , nasib baik punch card masih cantik . Biasalah , lumrah bekerja . HAHAHAHA . 

Persoalannya . Adakah aku sudah cukup bersedia untuk bekerja ? Ahh .. tinggal beberapa bulan lagi . Lepas ni , boleh jumpa classmates lagi . Semester 5 dan semester 6 bakal ku jumpa kalian . Rindu mereka , diorang rindu aku tak ? HAHAHA

Ku tinggalkan persoalan itu dengan , Salam Satu Malaysia . Semoga sihat sejahtera . Sayangi aku sentiasa kerana aku sentiasa menyayangi kalian  , selamanya