31 May 2014

Tips untuk dapat 4 Flat / 4 Rata dalam Final Exam

Assalamualaikum , hai . Selamat pagi Malaysia . Selamat datang Jun . Pagi 1 Jun 2014 yang damai lagi permai . Ramadhan semakin menghampiri . Semoga samesame kite dapat merasai keberkatannya .

15 Mei lalu , keputusan final exam keluar . Berdebar , cuak bila nak bukak laman web SPMP . Naik juling mata aku saat melihat result aku . Semua A ! Biar betul nokkk ? Aku tak percaye , berkali kali aku bukak tutup web tu , dan ianya betul . Wahhh! Gumbira gumbira . Bagai dunia ini ana yang punya . Hahah a , ofkos la gumbira . Xde pon orang yang dapat result 4flat atau dekan menangis hentak hentak kaki dan nak bunuh diri . Kan ? Kan ? Kalau ade , something must be wrong somewhere .. haha :D

Nie ade beberape tips aku, untuk korang . Study smart . Study hard buat korang stress je , at the end of the day . You got nothing .

1.Faham
Well well my dear  , setiap ape sahaje yang uolls baru nak belajar or sedang belajar . Ape yang penting adalah faham . Faham is the key of success . Because once you understand one term , it will make thing easier and easiest ! Dan time tu ,xde lah istilah x faham bahase . Heeeee ,kidding . Once you dah faham , keluar trick soalan camne pon  . Korang boleh handle dan jawab dengan senang hati . So , mase dalam kelas lecturer mengajar tu cube faham , kalau tak faham tanye kawan atau kalau tak jugak tanye lah lecturer itu sendiri untuk kasi kite betul betul faham . Ok ? Malu bertanye sesat jalan  , Malu jumpe lecturer repeat sem lah ! Weh , repeat sem tak terok mane pon . Just chill . Haha

2. JANGAN HAFAL
YES !Jangan hahal . Yer jangan sesekali hafal notes uolls yang panjang 4 depa tu . Buang masa .Buang tenaga . Baru korang enjoy melepak dengan kekawan . Upsss ! Macam point pertama aku cakap tadi , kene faham . Kene faham baru boleh hafal , jangan kau fikir nak hafal tanpa faham . Macam bodoh tau tak ? Bayangkan kalau exam keluar benda yang xde dalam otak notes yang kau hafal tu ? Xke susah . Berbeza dgn kalau kau faham , sbb faham . Akan dapat bantu kau olah idea baru . 

3.MASE PENDEK
Bukan kursus jangka pendek tetapi adalah belajar dalam jangka mesa yang pendek sahaje dengan menggabungkan pointer pertama dan kedua . Faham + hafal dalam satu sesi . Jika nak lebih singkat , uolls faham satu tajuk dalam satu sesi dan hafal dalam satu sesi yang lain . Bergantung kepada individu . Belajar tak perlu ambil masa yang lama seperti 4,5jam cukup sekadar 30 hingga 60minit sahaja satu sesi . Kualiti adalah lebih penting berbanding kuantiti . Belajar lame kalo x masok x gune , biar sekejap asal mantap . Itu formula aku . 

4. Mind mapping
 Uolls dah faham dan hafal notes dalam mase yang singkat kan ?? So , ape kate kite ambil sedikit mase untuk berseni , berkreativiti dan belajar dalam mase yang same . Sediakan kertas , pen warna dan ape sahaje lah yer . Korang lakarkan balik ape yang telah korang faham dan hafal mengikut kreativiti masing masing . Terpulanglah macam mane asal idea dapat dicurahkan  . Dengan buat mind map ni , ia akan menambahkan dan memperkukuhkan kefahaman anda . Mudah sajaaa !!

5. Score setiap quiz dan test .
Korangkan dah mantap dari segi kefahaman , jadi ape tunggu ape lagi? Buktikan kepada diri anda bahawa anda betul betul faham dengan ape yang diajar dengan mendapatkan markah penuh dalam setiap quiz atau test . Tak penuh pon hampir penuh . Kalau x capai tahap nie , mungkin latihan perlu dipertingkatkan . 

Haaaa ! Dah faham , dah hafal . Dah berjaye buat mind map . Berjaya dapat full mark setiap kali quiz dam test . Eh   ape lagi ? A dalam tangan lah . Carry mark tinggi , kefahaman dalam diri pon cukup dan korang perlu yakin dengan diri sendiri but dont over confident . Tibalah masa untuk menduduki peperikasaan akhir , study week korang takyah stress sangat .just buat a little latihan dan bacaan seimbas lalu . Ingat ! Jangan stress , nanti blank ! 

^Selamat menduduki peperiksaan ~

p:s/ cara ini adalah cara ku belajar , kalau tak boleh follow you better dont . Bahaya ! Bergantung kepada IQ la . Kalau rendah , kene study hard sikit la . Tengok kesesuaian lah yer . 


-Hidup lepak , result biar gempak -