22 May 2013

Tonton Epilog Cinta Khirana Samarinda TV3 Full Episod

Tonton Epilog Cinta Khirana Samarinda TV3 Full Episod
Tonton Epilog Cinta Khirana Samarinda TV3 
Epilog Cinta Khirana merupakan Adaptasi novel Mencari Jalan Ke Syurga karya Hasliza Ismail.

Sinopsis. Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki, memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya.

Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan. Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa.

Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?

Lakonan Tasha Shilla, Nazim Othman, Fiza Halim, Aliff Aziz, Arash Mohamad, Raja Ema, Wan Shades, Raja Ilya, Siti Safra Aina, Ezzaty Abdullah, Hairi Safwan, Mak Jah, Sazrin Aizul Zailani, Mizie Suhaimi, Abdul Rahman Suud, Aishah Ilias, Sazlynn Zainudin, Aida Jebat, Fahmi Shamsuddin, Azman Jantan, Iz Hirzi. Jumlah 16 episod, terbitan Zeel Production.  
 Tonton Epilog Cinta Khirana Episod 1, Slot Samarinda TV3 - CLICK HERE!

No comments :

Post a Comment

Dearest Handsome and Gorgeous reader , please drop your comment below .
wachaaaa !