17 May 2013

Tak Dapat UPU ? Its Okay :)

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapakan kepada semua hadirin dan hadirat sekalian .. Cewaahhhhh , macam nak buat essei pulak dah .. HAHAHA  :D kan ? Semalam 17 Mei 2013 keputusan UPU telah pon diumukan  , so macam mane ? awak semue dapat tak ? Dapat ? Alhamdulilahh .. Tak Dapat ? sabar ,ada hikmah .. 

Saya ucapkan tahniah kepada anda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan bakal lapor diri 1 Jun ini .. Tahniah sekali lagi saye ucapkan .. 

Saya secara jujurnya agak terkilan dengan cara pengambilan  UPU pada tahun ini , kalau dilihat pada dasarnya ramai  pemohon yang mendapat keputusan yang baik dalam SPM tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA .. MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA.. Kawan-kawan saya yang dapat 5,6,7A pon ade yang tak dapat kemane-mane .. Agak menyedihkan .. Ade juga diantara mereka yang mendapat keputusan yang baik dan markah KOKo yang tinggi juga tidak dapat .. Saya tidak faham , agak pelik jika dibandingkan dengan tahun-tahun lain .. Mungkin jumlah pelajar yang ramai dan ramai diantara mereka mendapat  keputusan yang cemerlang , gemilang dan terbilang .. 

So , kepada yang tidak berjaya dalam permohonan itu .. Bersabar dan berfikiran positif ok ? Rayuan UPU akan dibuka dari24 Mei hingga 2 Jun jadi kalau nak buat rayuan tu buat lah yer . Keputusan untuk ke Politeknik juga akan diumumkan pada 24 Mei 2013 .. Semakan dan rayuan boleh dibuat di www.upu.mohe.gov.my


No comments :

Post a Comment

Dearest Handsome and Gorgeous reader , please drop your comment below .
wachaaaa !