16 May 2013

PAK NIL TARIK DIRI , MICHAEL ANG STAY AND NK OUT

The moment when PAKNIL tampil kehadapan untuk tarik diri .. I was shock and upset .. PAKNIL tak sepatutnya keluar , nanti sape nak buat kecoh .. Paling tak best , MICHAEL ANG stay ! OMG ! sangat tak best okay , sangat ... Sepatutnya MA keluar jugak walaupun PAKNIL tarik diri atas sebab-sebab tertentu .. 

Sebaik sahaja nama Michael Ang diumumkan tersingkir dari dapur Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) malam tadi, ramai peserta menitiskan air mata!

Bagaimanapun air mata di dapur MSM2 semakin lebat apabila pengacara terkenal tanahair, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil terpaksa menarik diri dari cabaran malam tadi selepas  memberitahu ibunya sedang mengalami masalah kesihatan.

Pak Nil yang terselamat pada pusingan Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran mengumumkan penarikan dirinya sekaligus membolehkan Michael Ang yang sepatutnya tersingkir dari MSM2 dapat meneruskan kembali perjuangan dalam saingan seterusnya.

Sebelum itu, Pak Nil, Michael Ang, Syanie dan Lydiawati terpaksa bersaing dalam Ujian Sajian Pantas kerana gagal menghasilkan hidangan terbaik dalam saingan Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa.

Dalam pusingan penyingkiran pada episod ke tujuh MSM2, tema masakan ialah berasaskan tuna dan pada akhir saingan, Michael Ang adalah peserta yang gagal memuaskan hati juri dengan masakannya.

Dan…di atas persetujuan juri, Pak Nil mengambil slot Michael Ang yang sepatutnya tersingkir dan membolehkannya terus bersaing dalam Cabaran Sajian Luar.

Pak Nil sempat memohon maaf kepada badan kebajikan yang diwakilinya kerana terpaksa mengundur diri dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM3,500 untuk Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.
DANNNNNNN ! inilagi satu  ,sedih jugak bile NORISH KARMAN yang CUTE itu kene out .. Norish Karman menjadi selebriti ketujuh yang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2013. Bagaimanapun, Norish Karman berjaya mengumpul RM4,000 untuk Educational, Welfare & Research Foundation

No comments :

Post a Comment

Dearest Handsome and Gorgeous reader , please drop your comment below .
wachaaaa !