27 May 2013

DIPLOMA TEKNOLOGI AKUAKULTUR at POLITEKNIK JELI , KELANTAN :)

Assalamualaikum , haiii .. :) Lame benor gua x update blog nie.. *bajet lame .. HAHAHA ! gua sebenarnye happy sangat hari nie , tak happy sangat tapi happy lah .. Sebab ape ? Sebab gua .. ermmmm , sebab perut gua kenyang hati pun senang .. Lalalaaaa

Tadi kan , gua pergi melencong ke Website Politeknik nie .. Gua p sane ade hajat , gua nak p print surat tawaran pelajar gua ah .. tau dakkk ? Gua dapat Diploma TEKNOLOGI AKUAKULTUR .. kat mane? Kat jeli . Jeli kat mane ? Jeli kat Kelantan .. Kelantan kat mane ? Kelantan kat Malaysia lah fishhhh ! Gua suka jugaklah dapat diploma nie walaupon x suke sangat tapi aku percaya 2000% dengan ketentuan yang telah Allah SWT tentukan untuk gua .. Gua syukur sangat ,Alhamdulilah .. Gua jiwa rock hari nie .. Awieeeeee ! 



Gua akan lapor diri kesane pada 16 jun .. wuuuu  , lambat lagi tapi sempatlah nak pergi beli barang-barang .. nak p shoppa2 in the town .. Walaweyyyyy ! Gua pertame kali merendahkan nafsu gua , pertame kali x riak bagai jadi aku melangkah jua kakiku ke POLITEKNIK ini .. Walaupun tak segah Uni bla bla bla .. tapi kejayaan tak kire pon dimane lu berada .. Mana-mana pon lu berada , lu akan berjaya kalau lu rajin .. Percaya la gua cakap nie ..gua x tipu auuuww ! 

23 May 2013

Keputusan POLITEKNIK dan Rayuan ke IPTA

Assalamualaikum pembuke bicara , Salam Satu Malaysia pemanis kataaaa .. Haaaaaa , ape khabar ? 
Alhamdulilah , syukur dengan apa yang kita telah miliki hari ini .. Syukur 

kepada pelajar lepasan SPM 2012 , esok akan dibuka keputusan permohonan ke POLITEKNIK .. Tahniah terlebih dahulu diucapkan kepada pelajar lepasan SPM yang berjaye , alhamdulilah . Selamat maju jaya .. Kalau tak dapat , jangan mengeluh .. Allah telah menentukan yang terbaik untuk kita semuaa , banyakkan berdoa kepada Allah .. InsyaAllah , kejayaan pasti milik kita.. 

Dan jugaaaaaa .. Esok juga akan dibuka permohonan rayuan untuk calon lepasan spm 2012 yang gagal menenpatkan diri ke IPTA .. Mungkin rezeki kita ada !  INsyaAllah , percaya kepada Allah .
Rayuan permohonan akan dibuka pada jam 12.00 pada 24 MEI hingga 2 Jun 2013 

GOOD LUCK

 

22 May 2013

Tonton Epilog Cinta Khirana Samarinda TV3 Full Episod

Tonton Epilog Cinta Khirana Samarinda TV3 Full Episod
Tonton Epilog Cinta Khirana Samarinda TV3 
Epilog Cinta Khirana merupakan Adaptasi novel Mencari Jalan Ke Syurga karya Hasliza Ismail.

Sinopsis. Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki, memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya.

Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan. Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa.

Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?

Lakonan Tasha Shilla, Nazim Othman, Fiza Halim, Aliff Aziz, Arash Mohamad, Raja Ema, Wan Shades, Raja Ilya, Siti Safra Aina, Ezzaty Abdullah, Hairi Safwan, Mak Jah, Sazrin Aizul Zailani, Mizie Suhaimi, Abdul Rahman Suud, Aishah Ilias, Sazlynn Zainudin, Aida Jebat, Fahmi Shamsuddin, Azman Jantan, Iz Hirzi. Jumlah 16 episod, terbitan Zeel Production.  
 Tonton Epilog Cinta Khirana Episod 1, Slot Samarinda TV3 - CLICK HERE!

UPDATE : TONTON MASTERCHEF SELEBRITI 2 FULL EPISODE (18,19,20)

Tonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 Full Episod 


MasterChef Selebriti Malaysia merupakan sebuah rancangan realiti Malaysia bertemakan permainan dan masakan. Ia merupakan penerbitan selingan bagi MasterChef Malaysia dan menampilkan selebriti Malaysia sebagai peserta.

Setiap peserta juga mewakili badan kebajikan yang telah mereka pilih untuk diberikan sumbangan.19 selebriti berkenaan akan berentap dalam pelbagai cabaran dan ujian untuk menyediakan sajian masing-masing selama 10 minggu.
Namun tidak semua 19 selebriti itu dapat bertahan selama 10 minggu kerana setiap minggu akan ada proses penyingkiran peserta.MasterChef Selebriti memberikan inspirasi dan peluang kepada selebriti mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.

Tonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 Episod 20 - CLICK HERE!
Tonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 Episod 19 - CLICK HERE!
Tonton Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 Episod 18 - CLICK HERE!




PERUBAHAN

Assalamualaikum .. Hai hai .. Selamat malam , dah dinner ? lets have some :) Tetibe aku rase sesuatu , bukan lapar . Bukan kenyang dan juga bukan penat tapi aku rase nak menulis dan menulis menulis tentang sesuatu yang aku rasa .. Hanya aku yang rasa , bukan orang lain .. bukan awak ,bukan awak dan bukan awak .. Mungkin , sekolah merupakan satu tempat paling terindah dizaman remaja .. bagi koranglah .. Tapi bagi aku ianya tak ubah seperti satu tempat yang dikatakan aku diajar dan belajar tentang kehidupan .. Bukan hanya aku belalar menulis , membaca dan mengira tetapi belajar tentang kehidupan dan ragam manusia ..

Aku percaya sekolah adalah cabaran yang pertama yang perlu aku tempuhi sebelum memasuki alam pekerjaan , alam perkahwinan , alam menjadi ibu dan alam aku menjadi orang tua yang menunggu masa untuk pergi kepadaNYA .. *kalau sempat tualah .

Aku bukan pelajar yang hebat mase disekolah , aku bukan jugak pelajar yang disenangi semue guru dan pelajar .. Aku bukan sesiapa .. Mungkin aku pernah buat silap , ye . aku pernah buat silap tapi tak bermakne aku perlu duduk dan melihat saje kesilapan itu tanpa berbuat ape-ape .. Aku tak pernah kecewa dengan keadaan , aku tak pernah nak mengundur mase untuk diulang dan aku nak jadi orang yang baik . Aku tahu ape yang berlaku ade sebabnya .. Disebabkan kesilapan aku yang lalu , aku bangun untuk menjadi seorang manusia . Orang yang tak pernah jatuh , tak pernah dicemuh mungkin tak merasakan erti PERUBAHAN dan BANGKIT dari jatuh yang sangat sakit .Aku tak mintak untuk jadi seperti dulu dan aku tak mintak untuk menjalani kehidupan seperti itu . itu semua takdir .Korang taktahu betapa payahnya nak berubah .. Berubah umpama menukar cara menulis dari tangan kanan ke tangan kiri .. Ia memakan masa yang lame .. Mungkin perubahan yang dilakukan belum sempurna tetapi .. bile kite dapat hasilnya .. InsyaAllah ,pasti kita berpuas hati ..

Aku bukan nak cakap aku jahat pada suatu ketika dahulu tetapi perkataan yang terbaik untuk aku adalaha "SALAH PILIH JALAN" .. aku tersimpang dari landasan yang sebenar .. Alhamdulilah , pada akhirnya .. Aku dapat melihat jalan yang bersinar didepan mata yang telah ALLAH tunjukkan kepada aku .. TETAPI ,untuk melalui jalan yang bersinar cerah itu aku perlu melalui onak dan duri disepanjang perjalanan itu .. Orang yang merase berubahh itu senang , aku pasti die tak pernah merasai ape itu perubahan ..

Mungkin , kalau tak merasai cemuhan , hinaan dan cacian bagai itu .. Aku pasti , seseorang yang ingin berubah itu tidak mampu menjadi kuat .. Kuat dengan segala cabaran dan dugaan . Percayalah , cacian dan makian semuanya yang awak terima aku membuatkan awak kuat dan mampu bertahan dalam situasi getir .. walau ape pon yang berlaku !!!  But remember one thing , perubahan perlu dilakukan secara ikhlas . Istiqamah dengan perubahan . Berubah dengan niat untuk kembali ke jalan Allah , insyaAllah .. segala urusan kita akan dipermudahkann ..

Assalamualaikum .. Selamat menikmati hidup

Aku ..

Auchakkk ! Aucchakkk ! Haaaaa , Assalamualaikum .. Terencat sikit nak auchakk auchakk bagai .. HAHAHA :D but it is just fine , okay :)
Korang ape khabar ? Sihat ? Alhamdulilah .. Tak sihat ? Pon Alhamdulilah , tanda Allah sayang kita .. Alhamdulilah , DIA masih memberikan kita peluang untuk menghirup udara segar petang sebelum asar nie .. 
Praise to be Allah :)

Hari nie , aku nak post entry yang noob .. noob sangat ,naif sesangat .. Takde bende yang nak ditulis tapi mungkin ini perlu untuk aku tulis sebab mungkin ade admire-admire aku nak tahu pasal aku .. Cehhh * bajet ade admire .. Ohh nooo , actually ini untuk anak cucu aku nanti ..manelah tahu kot kot diorang nak tahu pasal nenek dan moyang mereka yang HOTsetapppp nie .. HAHAHHA

Aku mulakan kisah dengan nama aku . Nama aku pelik tapi benar cuma belum masuk book of record dunia je lagi .. Nama aku Nusyill Izlyana Binti Zainal. Name nie Papa yang kasi .. Arwah mama cakap , sempat gaduh-gaduh nak pilih nama untuk aku .. Arwah mama nak kasi nama aku EZRIN NATASHA .. but heyyy ! papa menang then jadilah nama aku NUSYILL IZLYANA . NUSYILL IZLYANA ini juga dilahirkan pada tanggal 8 FEBUARI 1995 pada jam 2.30 petang .. Haaa , maka keluarlah seorang bayi comel seperti aku iniiiii ... 

 
Aku dilahirkan di  HOSPITAL KOTA BHARU KELANTAN .. Habis je pantang aku terus ke Johor Bharu sebab PAPA aku kastam di Johor .. Maka membesarlah aku di bumi Darul Takzim itu ..Fun sangat you all .. Fun!!
Aku taknak cerita pasal tabika , sebab perkara tu mungkin tak perlu ditulis dalam resume kot .. kan ? HAHAHA ,okey enafff .. Aku mula menyambung pelajaran di SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR , JOHOR BAHRU ..Aku sekolah kat sane , aku ade kawan yang awesome .. Jatuh basikal sesame .Nangis sesame , menyundal bersame .Upssss! but then aku sekolah kat