16 Jul 2017

DEGREE OF AQUACULTURE IN UNIVERSITY MALAYSIA TERENGGANU ~

Hello , Assalamualaikum dan selamat petang . Lovely greeting to all of you .

Sebenarnya nak cakap sesuatu sebab adalah beberapa perkara yang berlaku dalam hidup .

Pertama ? Saya dah pun habis pengajian di peringkat diploma . Diploma Akuakultur di Politeknik Jeli Kelantan . Tempoh pengajian dari Jun 2013 hingga April 2016 . yeayyyy saya dah habis belajar . Its been a year tetapi .... ceritanya belum lagi habis .

Kedua ? Saya sambung belajar . Of course saya sambung belajar sebab dari mula mula sambung diploma lagi memang dah pasang niat nak sambung ijazah dan harapan bukan sekadar impian tetapi impian menjadi kenyataan . Alhamdulilah . Duduk goyang kaki kat rumah tak lama . Ada dalam lebih kurang 4 bulan lebih ' eat , sleep and repeat ' . Sewaktu final exam , waktu semester akhir diploma dulu-dulu saya sempatlah buat permohonan ke Universiti Awam(UA) peringkat ijazah kemasukkan september 2016 melalui laman web rasmi UPU . Waktu tu saya mohon ke Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Putra Malaysia dalam bidang akuakultur juga .

Dan keputusan yang ditunggu-tunggu akhirnya keluar , dalam bulan Ogos macam tu lah lebih kurang . Huhu saya agak lupa sebab ni cerita setahun yang lalu . Punyalah nervous beb , berdebar namateyyy ! Tapi syukur , saya diterima . Fuh .. Maka bermulalah kekalutan beli barang itu ini walaupun baru je tamat belajar 4 bulan . Masa suntuk .

Kurang pasti berapa hari bulan tapi awal September aku mula lapor diri ke UMT . Tak culture shock pun sebab aku pernah buat latihan industri kat sini jadi tak kekok sangat .

Pasal belajar pun tak kekok sangat sebab aku student diploma akuakultur so aku dah ada basic untuk ijazah akuakultur ni . Sekelas ada dengan adik adik matrik dan juga sebaya dengan dari kalangan sptm dan diloma dari UMT itu sendiri .

"Sis Nusyill , akuakultur di ape ? Yang cucuk cucuk jarum tu ke ? "
"Nusyill , akuakultur ni ikan la yerr ? "

Ok baik disini akuakultur sama sekali tidak ada kaitan dengan kaedah  perubatan akuapuntur .
Akuakultur juga bukan memberi fokus hanya kepada ikan . Akuakultur ni dengan kata ringkasnya . Aqua = water / air   Culture = Ternak . AQUACULTURE . Ia melibatkan semua jenis hidupan dalam air . SEMUA . Kita akan belajar tentang air (kompososi air , ciri ciri air , air masin ,tawar,payau etc .. ) , semua hidupan yang ada dalam air , apa je yang dalam air kena tahu dan belajar setiap ciri dan fizikalnya . Bukan ikan je . Bakteria dalam air pun sama . Pendek kata , semua yang ada dalam air . Imagine sendirilah yerrrr .

oh ya , UMT ada lapan pusat pengajian .
1. Sains Asas (PPSA) 2. Informatik & Matematik Gunaan (PPIMG) 3. Sains Marin & Sekitaran (PPSMS)
4. Sains Perikanan & Akuakultur (PPSPA) 5. Sains & Teknologi Makanan (PPSTM)
6. Kejuruteraan Kelautan (PPKK) 7. Pembangunan Sosial & Ekonomi (PPPSE) 8. Perniagaan & Pengurusan Maritim (PPPM)

aku berada di PPSPA .

Tak susah nak adapt duduk kat sini . Cuaca panas sikit biasalah sebab tepi pantai .


Itu saje . Kepada adik adik yang DM saya ditwitter tanya pasal politeknik Jeli , mintak maaf banyak banyak sebab tak dapat reply . Saya dah lama habis belajar kat sana , dah tak tahu pasal perkembangan terkini sebab dah banyak berubah kat sana .



Disekitar pagar utama UMT (2017)


Saja poyo poyo haha


20 Jul 2016

SAMYANG SPICY KOREA RAMEN !!!

Anneyeoooo ! Hello . Hi . Assalamualaikum .

“ Pedas gilerrrr ! “ “ Keluaq ayaq mata oiiii”  “Pedas menyengat “ adalah antara komen dan reaksi daripada individu-individu yang mencuba Samyang Spicy Ramen yang berasal daripada negara KOREA .

Secara tiba-tiba ramen pedas nak mati ni jadi famous bukan sahaja ni Malaysia malah di seluruh dunia turut mencubanya sehingga sanggup melakukan “ Spicy ramen Challenge “

Pada mulanya aku sekadar melihat orang lain yang makan , tengok orang upload di twitter dan facebook. Nampak ramai jugak orang-orang yang buat video mencabar esofagus menelan kepedasan ramen itu terutamanya di Youtube . * Ye aku suka bukak youtube untuk tengok macam-macam info , gelagat , reaction dan challenge di seluruh dunia huhuhu .

Di waktu Malaysia dilanda fenomena ini , aku sekadar memerhati dari jauh . Takut hahaha . Tak berani nak try . Bukan takut pedas Cuma masih tak pasti status makanan tersebut . lepas aku dah yakin dan pasti , aku tak beli jugak . Sayang duit hahaha mahal kot . Aku diamkan diri ini .


PADA SUATU HARI adik aku pulang membawa sepakat Samyang Spicy Korea Ramen . Yeayyyy! Kebetulan  masatu tengah lapar sebab tengok drama Korea .

Besar benor ramen korea ni huhu
Sambil tengok my bae , Ji sung :*

Tanpa melengahkan waktu aku terus buka bungkusan ramen tu  . Fuhhh besar betul noodles dia , tak sama macam instant noodle Malaysia ni . Daebak !! Terus ambik mangkuk tuang air panas * malas nak masak dalam periuk ..


Dalam 5 minit , ramen tu dah lembut boleh untuk dimakan. Buang air rendaman dan masukkan pes cili dia , pekat dan bau pun dah pedas . Gaul  gaul sehingga sebati dan ngappppp ! Yummy . Sedap . Rasa ada manis manis gituu . Terus masuk lagi satu sudu kemulut . Emm masih rasa sedap .


TIBA TIBA , rasa macam kepala tu panas nak meletup hahaha . Air mata dah mula keluar , muka merah macam berjemur di tengah panas . Sampai situ je aku makan , tak mampu nak makan . Lepas tu aku terus adik aku je makan , menangis-nangis dia makan . Hilang macho seorang lelaki .
Selepas sejam berlalu kepedasan tu , perut mula rasa sakit . Gastrik !!! Tak pasti faktor pedas melampau atau ingredient yang aku tak boleh makan . Bila tengok packaging belakang , dalam pes tu ade letak shellfish .

Sebab usus sensitif dengan spesies seafood , walaupun sikit tetap terasa :(


Adakah aku akan cuba lagi ?

Yes , I’ll try again next time . Walaupun pedas , pedas dia tak sama macam cili padi yang menyengat sangat tu . Pedas tapi lebih kepada pijar dibibir dan lidah . Pedas ramen ni tahap masih boleh makan oleh  manusia normal . Kepada yang tak kuat atau sensitif , cuba untuk satu suapan sahaja okay .

Walaupun aku gastrik makan ramen ni , takpe . Boleh makan ubat hahaha . Nak buat macam mana , kalau aku tengok cerita korea terus lapar kalaiu tengok diorang makan . Haritu pergi Myeondong terus cari bibimbap , kimchi soup , teoboekki  , black bean noodle huhuhu .




 Saje payung gambar hahaha . Kbyeee nak sambung menangis tengok Drama korea !

22 May 2016

PART TIME JOB : Waiter Bigbob Burger & Coffee

Assalamualaikum ..  Hai *senyum kambing .
Lama tak menulis dan berceloteh kerana sibuk mengejar sebuah kejayaan . Acewahhhhhh ! Jadi , sekarang aku dah tamat satu tahap kejayaan . Tunggu nak konvo je . Maka dengan itu , ada la secebis ruang untuk menulis , selebihnya layan movie dan drama korea yang tak sempat tengok sebelum ni .


Bercakap soal kerja , sudah tentu aku masih tidak mahu untuk mencari kerja tetap mengikut bidang yang aku pelajari sebab aku masih berhasrat untuk sambung belajar sampai aku rasa , aku puas . Moreover , aku memang langsung tak ready nak hadapi alam pekerjaan . Kerja ni bukan macam dalam drama tv3 pukul 7 tu tau , kerja kerja lepas tu CEO jatuh cinta dengan kita . No NO NO NO !!


PART TIME JOB ? HAHAHA THIS IS THE FIRST TIME IN MY LIFE . Lepas habis SPM dulu2 pun aku tak pernah keje so ini pengalaman pertama bekerja *nervous* . Nak kerja sebab bosan duduk rumah tak buat ape ape .


Mencarilah aku kerja dimana ruang yang ada . Nampak je kat facebook , terus aku mohon hantar resume . Jawatan waiter aku hantar full resume tau , kerlasssss kau maria haha. Dipendekkan cerita , aku dapat kerja sebagai Cashier di Bigbob Burger & Coffee dalam Aeon Mall Kota Bharu . Lalu  , aku pergilah keje . Sampai saja aku jumpa managernya , Devin . Guest what ? Dia bagi aku jawatan WAITER . WHAT ? before this suruh aku jadi cashier , tetiba waiter pulak . aku pun macam " Ohhhhh " je tak mampu nak berkata kata lagi .

The rules ?
 -No sitting
- No main main phone
-
-
- so many rules actually , i dont even remember that .


First day kerja _____

Seems to be okayyyyyyyyyy . Tapi penat yang amat sebab tak dapat duduk , kaki tak payah cakap la sakit gile . Balik rumah terus nangis , masa mandi nangis sebab kaki sakit sangat . Masa tidur pun asyik merengek kesakitan .


Second day kerja

emmm okay la cuma tetiba jadi tak okay sebab dua gadis melayu itu berhenti kerja . Maka tinggallah aku seorang gadis melayu terakhir disitu kerana yang lainnya indonesia dan philiphine dan mereka lelaki lalalalala . Terus jadi tak seronok , dah la aku ni jenis pendiam . Pendiam okay .


SAmpai la hari ke9 aku kerja . Hari ke9 tu kaki aku terseliuh dan kena berdiri selama 9 jam . 9 jam tahu tak kaki seliuh mana boleh berdiri . Aku menangis taktahan aku mintak berhenti kerja . Aku dah tak pedulik walaupun dia potong gaji aku , tinggal gaji untuk 2 hari sahaja . Lantaklah pedulik ape aku !

Maka pulanglah aku dengan kesakitan kaki dan hati , Berhenti kerja , hanya bertahan 9 hari . Itu sahaja .





p;s// setiap hari aku menangis waktu kerja , lari pergi toilet hahaha . bye !